❤ SAY SOMETHING :D ❤

Kenapa hati?




Harini aku nak cerita mengenai dengan hati aku. Yeahh? Kenapa dengan hati kau kyra? Kenapa? Hati aku tengah sedih sekarang. Hati aku dah taknak kawan dengan aku. Hati aku tinggalkan aku sorangsorang. Tapi kenapa hati? Kenapa mesti kau berdegil wahai hati? Jawab. Aku sedang buntu mencari jawapannya. Wahai hati adakah kau sedang rahsiakan sesuatu pada diriku? Katakan lah sekarang. Kenapa aku rasa teramat perit sangat. Adakah aku telah melukai kau atau seseorang yang telah melukai kau? Kenapa aku punyai hati sebegini. Kenapa hati? Kenapa kau masih merindui si dia? Kenapa dia hati? Kau kan tahu yang dia dah tak sayang aku. Dah tak amik berat pasal aku. Dah taknak pandang aku walaupun sebelah mata. Bukankah kau tahu semua itu? Kenapa kau diam? Aku sedang bertanya kepada kau hati. Mungkin kau lihat aku tersenyum tatkala di luar tetapi adakah kau memahami disebalik yang tersurat wahai hati? Aku terasa bagai diseksa oleh si dia dan kau yang menjadi mangsanya. Maafkan aku hati kerana tak dapat menjaga kau dengan baik.

Aku tahu aku tak layak bertuankan kau hati. Tapi kenapa kau masih ingin aku merindui si dia? Kau tahu kan yang dia tu ego? Pentingkan diri. Aku langsung tak dilayan. Aku kecewa dengannya. Katakan tidak hati. Katakanlah yang kau tidak memilih dia. Hati, mungkin aku salah, dan mungkin juga kau salah kerana terlampau mainkan perasaan sendiri sehingga menyayangi dia sepenuh hati. Tenangkan lah aku wahai hati. Jiwaku sedang kacau. Ya Allah, apakah aku salahku sehingga aku diuji sebegini rupa. Wahai hati, mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Atau adakah kau sedang rahsiakan sesuatu daripada pengetahuan ku? Bagitahu aku hati. Aku cuba jadi kuat untuk tidak berdendam dengan lelaki tetapi kenapa kau masih tidak mengerti wahai hati?

Hati, maafkan aku kerana selama ini aku telah membuat kau terluka dan terus terluka. Tetapi percayalah takde niat langsung aku nak buat kau sebegitu rupa. Lepas ney kau lupakan lah dia k? Dan aku akan cuba juge untuk melupakan dia. Hmm thanks hati kerana kau sudi mendengar. Aku hidup bergantung dengan kau. Adakah hidup aku akan sempurna tanpa kau disisi? Wahai hati bantulah aku untuk bangkit semula. Jodoh aku tak semestinya dengan dia kan hati? Maybe Allah akan jodohkan aku dengan orang yang lebih baik dari dia. Aminnnn :'>
Copyright@Segala yang dicatat diatas semuanya Hak Milik Kyraa Eidty :)